Catatan Popular

Sabtu, 31 Disember 2011

NOTA - Kata Penghubung 连接词


1. Apabila 当
Ayat contoh:
例句
a. Semua murid berdiri tegak apabila bendera Malaysia dinaikkan.
    国旗被升起时, 全体学生立正。

b. Apabila loceng berbunyi, murid-murid pun berhimpun di padang.
    铃声响时, 学生们便在草场上集合。

c. Semua murid senyap apabila guru besar memberi ucapan.
    校长致词时,全体学生很安静。

2. Atau 或者、或
Ayat contoh:
例句
a. Kamu suka minum teh atau kopi?
    你喜欢喝茶咖啡?

b. Pasukan Malaysia atau pasukan Singapura yang menang?
    是马来西亚队新加坡队胜了?

c. Kamu boleh ambil pen ini atau pen itu.
    你可以拿着枝笔那枝笔。

3. Dan 和
Ayat contoh:
例句
a. Saya membasuh muka dan menggosok gigi.
    我洗脸和刷牙。

b. Emak ke pasar untuk membeli udang dan ketam.
    妈妈到巴刹去买虾和螃蟹。

c. Dia ada dua orang adik lelaki dan seorang adik perempuan.
    他有两个弟弟和一个妹妹。

Isnin, 28 November 2011

SEJARAH


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yu Ying dimulakan pada 10.01.1946 oleh beberapa orang pemimpin masyarakat Cina Semabok, termasuk Encik Lee Cheng Ee, Encik Looi Choon Lai, Encik Looi Eng Woo, Encik Low Choon Swee, Encik Tay Ting Wang, Encik Yeo Keng Sing, Encik Koh Tai San.  Pada permulaannya sekolah ini dinamakan Sekolah Hwa Khiew.  Bangunan sekolah ini adalah sebuah bangunan atap yang didirikan di tepi Jalan Bukit Katil.  Bilangan murid adalah 50 orang, guru 2 orang, termasuk Guru Besar.  Guru Besar pertama adalah Encik Yeo Suan Sek.

Pada tahun 1957, sekolah ini telah mendapat bantuan penuh daripada pihak kerajaan.  Bilangan murid meningkat menjadi 150 orang pada tahun 1959.  Bilangan bilik darjah tidak dapat menampong murid-murid yang kian bertambah ini.  Pihak sekolah pun memohon kepada Jabatan Pendidikan Melaka untuk membina bilik darjah tambahan.  Oleh kerana tapak sekolah adalah tanah yang disewa, maka permohonan ini tidak dapat dilaksanakan.

Pada tahun 1968, atas permintaan-permintaan Lembaga Pengurus Sekolah, pihak Jabatan Pendidikan Melaka berusaha dan mendapat sekeping tanah di Jalan Bukit Godek.  Maka bangunan baru yang berbentuk dua tingkat dan mengandungi empat bilik darjah ini siap dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1974.

Oleh kerana bilik darjah masih tidak cukup, maka dua buah bilik darjah dan sebuah kantin dibina pada tahun 1975.

Pada  03.07.1975 bangunan baru sekolah ini dirasmi oleh mendiang YB Datuk Chan Siang Sun, Timbalan Menteri Pendidikan  Malaysia.

Pada tahun 1984, dengan usaha YB Datuk Tee Cheng York, Ahli Exco Negeri Melaka, sebuah bilik Pusat Sumber berbentuk dua tingkat dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada tahun 1985, atas usaha Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG, pintu gerbang pun dibina di hadapan bangunan sekolah.

Pada 08.12.1993, sebuah Kelas Bermasalah Pembelajaran dibuka di sekolah ini oleh Jabatan Pendidikan Melaka.  Kelas ini merupakan Kelas Pertama in Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di negeri Melaka.

Pada bulan Mac, 1993, sebuah Bangunan Khas untuk murid-murid bermasalah pembelajaran sekolah ini didirikan di kawasan sekolah ini.  Bangunan ini merupakan Bangunan Kelas Bermasalah Pembelajaran Yang Pertama di Malaysia untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Pada  bulan  Mei,  1996, unjuran  bilik  darjah (sebuah)  telah  dibina  bagi  menampung  murid-murid  yang  makin  ramai.

Pada bulan Mei, 1999, pihak PIBG sekolah, dengan bantuan dan kerjasama pihak Syarikat Dynabook I. T. Sdn. Bhd. dapat membina sebuah Bilik Komputer lengkap dengan 25 set komputer, 1 buah server & networking untuk sekolah.  Kelas Komputer untuk semua murid sekolah dimulakan pada 01.05.1999 dan setiap murid diperlu membayar yuran bulanan sebanyak RM10-00 sahaja.  Pengajaran mata pelajaran komputer adalah di dalam jadual waktu persekolahan.
  
Pada 2hb Julai, 1999, pihak jawatankuasa Tokong Lian Puan Kiong menganjurkan satu jamuan makan malam 100-meja dengan tema * Malam Informative Technology * dengan tujuan mengutip derma untuk melengkapkan peralatan di Bilik Komputer sekolah.        Jamuan ini diadakan di Dewan Besar Sekolah Menengah Pay Fong dan pihak berkenaan dapat mengutip wang sejumlah RM68000-00. 

Pada  27hb Ogos, 1999, laman web sekolah dilancarkan bersama lapan buah sekolah jenis kebangsaan Cina lain di Hotel Ramada Melaka.  Pelancaran ini dirasmikankan oleh Tuan Timbalan Pendidikan Malaysia Dato Dr Fong Chan Onn dan En Sim Mo Yu, Penasihat Malaysia Chinese Education Progressive Association.  Alamat laman web sekolah adalah  www.fishweb.com.cc

Awal tahun persekolahan 2000, pihak sekolah diberitahu satu peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia telah dilulus untuk membina se buah Bilik Pusat Sumber di sekolah kita.   Bangunan Pusat disiapsedia dan diserah kepada pihak sekolah pada bulan Jun 2000.

Pada bulan November, 2000, Sisitem MEM dilengkapkan di Bilik Komputer sekolah sebagai satu lagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran.  Kos Sistem MEM, sejumalah RM20000/=  dibayar oleh pihak PIBG sekolah.

Pada 16.11.2000, jaga sekolah baru Encik Jantan Bin Kassim melapordiri ke sekolah.  Beliau telah dipindah tugas dari Sekolah Kebangsaan Teluk Mas Melaka.

Pada 19.12.2000, PRA sekolah kita Encik Din Bin Yusuf telah dipindah tugas ke SJKC Kuang Yah , Teluk Mas, Melaka.  PRA sekolah baru Encik Abu Bakar Bin Yaacob melapordiri pada hari yang sama.

Pada 09.01.2001, PRA sekolah Encik Suleiman Bin Maamin bersara dari perkhidmatan setelah 24 tahun.

Pada bulan April 2001,dengan usaha ADUN Datuk Wira Gan Boon Leong, Kelas Bermasalah Pembelajaran mendapat peruntukan sebanyak RM10,000.00

Pada 23.08.2001, Timbalan Menteri Pendidikan YB Dato’ Hon Choon Kim merasmikan Pembukaan Kelas Komputer SJKC YU YING.

Pada 01.09.2001, Guru Besar  En. Seow Ah Gee bersara wajib.

Pada 16.10.2001, En. Yong Kim Swee ditugaskan sebagai guru besar baru.

Pada28.10.2001, Carlsberg/HuaZong menyumbangkan 1 buah komputer+printer

Pada bulan Nov 2001, dengan peruntukan JPM, pihak sekolah dapat membaiki pagar sekolah, menggantikan pintu yang rosak dan mengecat bangunan sekolah.

Pada 02.01.2002, kerja membina satu blok bangunan tambahan 4 tingkat (12 bilik) di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 telah bermula.  Kos pembinaan adalah RM1.268 juta dan semuanya dibiayai oleh kerajaan.  Tarikh siap sebenar : 03.09.2002

Sekolah dinaik gred dari gred B ke gred A pada bulan April 2002.  3 orang GPK baru telah ditugaskan di sekolah pada bulan September 2002.  Cik Goh Ah Moy sebagai GPK 1,  Pn Ee Jock Hiok sebagai GPK HEM dan Pn Oon Toh Wah sebagai GPK Koku.

04.01.2003 Sebuah Bilik Tambahan berbentuk 3 segi untuk Kelas Bermasalah dan sebuah pentas konkrit telah disumbangkan oleh LPS/PIBG sekolah.

04.01.2003 Kelas Pra Sekolah SJKC Yu Ying mula beroperasi.  Pn. Chang Nyuk Yin adalah guru Pra Sekolah.  Murid 25 orang.

20.01.2003 PRA sekolah En. Baharom berpencen.  En. Anuar b Md Noor mengganti tempat kosong.

10.02.2003 Sistem Pengkomputeran Perpustakaan Sekolah mula berfungsi dan murid perlu menggunakan kad ID Pelajar untuk meminjam buku.

Perasmian Bangunan 4 Tingkat oleh YB Datuk Hon Choon Kim, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.  Beliau tidak dapat hadir dan beliau telah diwakilkan oleh YB Datuk Wira Gan Boon Leong ADUN Kawasan Duyung.

20.11.2003 Sekolah Cemerlang UPSR 2003 dengan 16 orang (28.1%) mendapat 7A dan 49 orang (86.0%) lulus keseluruhan matapelajaran.  Kedudukan sekolah adalah ke-3 dalam Kategori SJKC peringkat kebangsaan.

2.3.2004  Sebuah Pondok Pengawal telah dibina dengan peruntukan khas JPM setelah sekolah dicalonkan Sekolah Harapan Peringkat Negeri.

Pn Ho Chion Nyen bersara wajib setelah berkhidmat tahun di SJKC YU YING. Pn Ho Kam Lian di tugaskan ke sekolah ini.

17.12.2004 Guru Pendidikan Khas Pn Ng Kim Jin bersara wajib setelah berkhidmat      tahun di Kelas Pendidikan Khas SJKC YU YING.  Cik Lim  Chai Yean ditugaskan ke sekolah ini selepas tamat kursus perguruan maktab.

Cik Goh Ah Moy bersara wajib setelah berkhidmat 3 tahun di sekolah ini sebagai GPK1.

2005 Sekolah memenangi Pertandingan Bilik BOSS (SPBT) Peringkat Negeri sebagai Johan dalam kategori SJKC dengan hadiah tunai RM500.00.

           Pada tahun 2006, sekolah telah dicalonkan untuk memasuki pertandingan Bilik BOSS peringkat kebangsaan.  Peruntukan untuk menaiktaraf kemudahan Bilik BOSS diberikan oleh JPM.

Sekolah mencapai prestasi cemerlang UPSR dengan 16 orang murid memperolehi 7A.  Jumlah calon ialah 66 orang.

27.04.2007  Majlis Perasmian Pusat Akses Sekolah oleh YB Gan Tian Loo ADUN Kawasan Duyung. 

23.11.2007    Sekolah memenangi Lonjakan Saujana 2007 yang dihadiahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan wang hadiah RM  dimasukkan ke akaun sekolah.

Encik Yong Lim Swee telah bersara pada 4 Dis 2009 setelah berkhidmat selama 10 tahun di sekolah ini sebagai Guru Besar.